Tuesday, February 26, 2013

Suka Kosong?

Assalamualaikum warahmatullah...

"Selalu pakai macam ni..kosong je..sama je.."
"Memang suka pakai macam ni ke?"
"Hitam je..."
Celoteh rakan sekelas.

"Emm..memang suka pakai macam ni..suka yang kosong..jubah..warna hitam.."*berbunga-bunga, jarang bebenor




Hawa,
damaimu tika engkau patuh
patuhmu, tika engkau tenang
tenangmu, tika engkau sederhana
sederhanamu, tika engkau redha

Demikian,
 lembayung rahmat Allah
siap siaga untukmu.
^_^


Bila teringat balik, rasa macam jawapan hilang sengat. Bukan suka semata-mata! Sebenarnya selesa dan senang nak solat. Itu lebih tepat.

Boleh agak soalan-soalan seumpama itu datang dari pihak mana, orang macam mana, cara macam mana. Walaupun kebanyakan 'Gombakian' sudah sedia mengerti klimaks di sekitar daerah ilmu al-jamiah al-Islamiyah ini. Kadang-kadang rasa lucu. Bila ditanya rasa muak!

Asbab di UIA ini dah biasa suasana pelajarnya berjubah lelaki mahupun perempuan, sepatutnya hal sebegini tidak pantas untuk dikontroversikan. Namun, bagi sesetangah yang suka memerhati dan sukar mengawal permainan psychonya, juga mungkin kerana sifat kewarna-warniannya, AWAS!

Jangan statik pada satu warna kalau tak tahan dugaan. hehe

Hehe...Mungkin diorang ingat recycle. Tak adalah sampai tak sempat hari nak tukar baju yang dipakai. InsyaAllah baju yang ada cukup untuk ditukar shiftnya sampai sebulan tanpa perlu berulang-ulang pakai. Tapi diri ini memang damai dengan jubah, terutamanya hitam. Senang nak digandingkan dengan pelbagai warna tudung, senang nak dibawa solat dan  fleksibel dalam gerak laku solat. Baju kurung rumit sikit. Tak berapa nak selesa.

Memang jenis katak bawah tempurung kalinya kalau bab fesyen, tak reti dan tak mahu. Ironinya, katak bawah tempurung pun boleh bertukar warna...emmhhh..Tak apalah.


Hitam itu Cantik. Boleh?


1. sejuk di mata, damai di hati :)
2. kurang di mata, sejuk di hati :)
3. indah di mata, sakit di hati :(
4. sakit di mata, sakit di hati :(
by:
Fedtri Yahya






Untuk jawapan yang lebih KETAT. Aurat!



*Berpakaianlah dengan menyebut nama Tuhamu, nescaya hati jadi lapang juga tenang dengannya.(nak pakai biru hijau pun kena bismillah..istikharah...;) senyum kambing

Friday, February 22, 2013

Ujian Keliru di Bumi Malaysia

Assalamualaikum warahmatullah.


وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan..
(Hud : 113)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Semangat yb Najib menyampaikan ucapan. Perasaan aku kebas. Buletin Utama tv3 aku tonton sugul. Kelopak aku basah. Mata aku masih pada skrin tv, sayu aku memandang wajah yb Najib, Tapi yb Najib buat derk je....aku mula rasa nak menangis.

Ceramah politik sindiran. Aku jadi geram.

Kemana halanya? Bagaimana nasib kita di bumi ISLAM bernama Malaysia? Air mata aku bertakung. Mungkin pertama kali aku beremosi kapak tengok Buletin Utama. Politik pulak tu! Seketika, aku menguap, alang-alang tutup mulut, aku jamakkan dengan menyapu air mata *yang menitis membasahi pipi yang kononnya hasil menguap. Aku pandang belakang nak pastikan order aku. Belum ada.Aku mati kutu. Sadai kepala atas meja cafe Nusaibah, letih.

Letih!!!! ya Allah.
Aku letih dikelirukan orang-orang yang kerap muncul dalam tv. Yang haqq dan batil berselerakkan bersama keinginan nafsu. Dan....sejujurnya aku takut, aku takut turut menjadi sebahagian daripadanya.

Namun Alhamdulillah.
Sejak menjejakkan kaki ke universiti, aku yang kerdil dan hina bina mula cakna,sensatif dan menjadi insan yang lebih 'sense of humor'nya. Facebook, twitter,youtube dan lain-lain wacana media massa dan juga majlis-majlis ilmu telah banyak membuka pekun si empunya pekun yang hanya lebat dengan buah bicara tanpa inti yang haqq. Aku jadi masak.





Tuntasnya, aku memilih untuk senang dengan yang memacakkan panji agama dalam diri terlebih dahulu. Berlegar dengan Qalam Allah. Menggulum kepahitan fitnah dengan senyum zikrullah. Santun menepis sakit tusukan panah nista dunia dengan sabar dan redha.

Rahman
said ya Rahman...
Kerna keliling kami ada 2 golongan
satu nista
satu santun budiman

Rahman,
jika kami sasar dari titik tuju
jangan hanyutkan sepanjang jalan
segerakan kami ke pengkalan iman
biar ditongkah arus berbadai
asal cabang mehnah
tidak kami sepak terajang
biar hemat

Rahman,
semoga maghfirahMu
menjadi tiang seri penguat buat kami
agar sujud Istikharah kami
menjadi lambang
dahan pimpin ampuh dalam diam.




*introvert



Wednesday, February 20, 2013

Appealing to Faith.

Assalamualaikum warahmatullah..




Student:
Ok sir.
Let say if we want to remove the Batu Caves, meaning to make an innovation there. Is there any ways that we can work this out?

Dr Mumin Abdulai:
Sure! we can. We find out the place which is similar to their place, then we tell them there is a cave that looks alike.*we laughed Yeah, what ever it takes. There's always a way. We convinced them. Use the force power to make any innovations. Whether to built the same one or what ever things that might make them agree to disagree. But if they still refuse to cooperate, yeah we appeal this to their faith. We use what they believe in, in order to drag them to approved. This is the strongest way because people will submit to what they believe in.

Prof Dr Fatimah Taib:*woha!
Here it goes..the thought that came, we're Muslims. Does it allowed to appeal towards the faith of the disbeliever for what they all this while believe in(their religion)? Whilst we're actually know what they believe is a falsehood. Ironically, we making them more convinced with the falsehood and as a result, they give up for what we are delivering. Then, we proceed to the development..as if there's no boundary limit. As long as it worth a tender!

How's Islam reflect on this?
Is this rigth? Accepted?..Solely because of the development we conveying or planting the fraud(mungkar) to the heart of the society. Meanwhile it is obviously contradicting to what we as Muslims believe(our faith, Islam)...
For the sake of whom that so-called innovation would be???

This evening Rural and Urban Planning class.
Since it comes to this, I think cannotla..tak boleh buat macam ni. Wallahualam..



*Islam itu syumul. Indah.Bersih. Aman.Sentosa..Bolehkah  Development Consultant Islam bertindak sebegini?Kena tanya pakar.

Tuesday, February 19, 2013

Sampaikah Kita ke Sana?

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh.






Bila bicara tentang ummah.
Mulut banyak pasti keluarkan bunyi "aduhai clichenya asyik duk sebut isu ummah!" Ok. Terpulanglah kalau terus nak anggap macamtu. Tapi kalau rasa nak celik mata hati, mata akal masih boleh lagi selagi kita boleh sedut oksigen atas muka bumi Allah ini.

Inilah sebab kenapa tak hebatnya kita. Nilai iman yang sekadar pada solat 5 waktu sehari semalam. Sentimen yang sekadar memikirkan syurga diri. Kalau boleh nak kita sorang je masuk syurgakan? Tak nak berjemaah kesyurga..sebab itulah solat pun tak nak berjemaahkan? Ye ke macamtu teman?

Nauzubillah.

Teman,
Kalau berdayung sampan, biarlah atas air.
Kalau berbasikal, biarlah atas jalan.
Kalau ada motor, jangan lupa isi minyak.
Kalau ada kereta, pastikan stereng belah kanan.

Maka barulah sampan,basikal.motor, kereta boleh jalan. Kan? kat Malaysialah..kat lain tak taulah..

Teman,
Kalau dah namanya hidup, kita tak sorang.
Kalau dah namanya hamba, sedarlah diri.
Kalau dah tahu bumi sfera, janganlah nak berpura
Kalau dah senang, biarlah sama-sama senang,
Nanti susah boleh sama-sama susah.

Teman,
Dah sememangnya kita 'ummatan wasato'
Maknanya dah ada umat sebelum kita
Yang menjadi syahid(saksi) bagi azab yang mereka deritai
kerana apa?
Kerana tidak mahu beriman
dan 
pecah-belah.





Para Nabi,Nabi kita, Muhammad saw, dan para Sahabat yang dijanjikan syurga, adakah mereka siang malam hanya sekadar berhempas pulas mengejar janji Allah tanpa mempedulikan hingar-bingar masyarakat dan saudara sekeliling? 
Tidak bukan?





*Teman,
Kita adalah bersaudara. Maka cinta-mencintailah antara kita. Saling cakna antara satu dengan yang lain. Syurga Allah luas. Lebih dari cukup untuk kita semua. Cuma persoalannya..
SAMPAIKAH KITA KESANA? Biiznilah.










Sunday, February 17, 2013

Amanah Allah

Assalamualaikum warahamatullah...

Surah at-Tahrim ayat 6] Firman Allah yg bermaksud,"wahai mereka yg beriman,peliharalah keluarga kamu dari seksaan api neraka.

Imam Tirmizi meriwayatkn] Sabda Nabi yg bermaksud,"tidak ada pemberian yg diberikan oleh seseorang ayah kpd anaknya yg lebih utama drpd adab yg mulia.

Haa! Jelaslah mendidik keluarga kearah kebaikan adalah amanah besar dari Allah. Allah akan menurunkan rahmah di dalam satu keluarga apabila keluarga berkenaan dibina atas niat mencari keredaan Allah. Oleh sebab itu, di dalam proses membina satu rumah tangga, Rasulullah memberikan bimbingan kepada umat Islam agar memilih Pasangan kerana empat prinsip, iaitu kecantikan, keturunan, kekayaan dan agamanya. Akan tetapi Rasulullah memberatkan agar agama menjadi keutamaan.*copied pasted area

You're not at par as Yusof
but u suit me best

you're not derive from a lofty kingdom
but u suit me best

you're not a full penny pocket men
but u suit me best

you came at glance to me with that 'moderate class'
such an eye-opening style u have.
Awesome!

yes. we're meant to be spouse.
and
yes. we're meant by Allah
^_^

Haha xdapet den nak nolong. Here you go! The comel-comel and the manis-manis

 Abg Yie n the geng

Tengah duk belek2 folder gambar maka dipertemukan jodoh dengan gambar masa hari raya ni. Gambar ni sekadar hiasan. Yang baik datang dari Allah.

"Dan di antara tanda-tanda kebesaran Allah itu bahawa Dia jadikan bagi kamu pasangan hidup agar kamu mendapatkan ketenangan/kebahagiaan bersamanya.Kemudian Allah ciptakan di antara kamu berdua mawaddah dan rahmah."
(Surah al-Rum, ayat 21)

The Khalifah. Ayah kami.

Macho kan ayah saya.=D
sekian.


*Mau tak mau, agama tetap nombor 1.





Saturday, February 16, 2013

Ali Imran (200)

Assalamualaikum warahmatullah..

Ya Allah lamanya tak update blog.
Alhamdulillah hari ni diberi kesempatan oleh Allah.

Duk asyik-asyik belek news feed fb  pagi tadi terjumpala satu post dari sorang public figure ni, nama commercial dia Fynn Jamal. Sejujurnya tak kenal sangat pun sapa dia ni. Alhamdulillah post yang sangat bermanfaat dari dia. Dia kongsikan dengan dia punya likers doa pelembut hati tuk ahli keluarga yang diturunkan oleh ibu mertuanya.

Pendek je satu ayat dari surah Ali Imran ayat yang ke-200. SubhanAllah, sangat indah bait Kalam Allah ni. InsyaAllah boleh terus hafal dan amalkan.


yaa ayyuhallaziina aamanu
wahai orang2 yang beiman

asbiru
bersabarlah

wasobiru
dan kuatkanlah kesabaran itu

warobitu
dan bersedialah

wattaqullaaha
dan bertaqwalah kepada allah

la'allakum
agar setiapnya kamu

tuflihuun
mencapai kemenangan.
al-'imraan 200.



*syukran jazillan kathiro atas perkongsian kak Fynn Jamal. Mudah-mudahan kita amalkan dan kongsikan dengan semua.Biiznillah.=)