Tuesday, February 26, 2013

Suka Kosong?

Assalamualaikum warahmatullah...

"Selalu pakai macam ni..kosong je..sama je.."
"Memang suka pakai macam ni ke?"
"Hitam je..."
Celoteh rakan sekelas.

"Emm..memang suka pakai macam ni..suka yang kosong..jubah..warna hitam.."*berbunga-bunga, jarang bebenor




Hawa,
damaimu tika engkau patuh
patuhmu, tika engkau tenang
tenangmu, tika engkau sederhana
sederhanamu, tika engkau redha

Demikian,
 lembayung rahmat Allah
siap siaga untukmu.
^_^


Bila teringat balik, rasa macam jawapan hilang sengat. Bukan suka semata-mata! Sebenarnya selesa dan senang nak solat. Itu lebih tepat.

Boleh agak soalan-soalan seumpama itu datang dari pihak mana, orang macam mana, cara macam mana. Walaupun kebanyakan 'Gombakian' sudah sedia mengerti klimaks di sekitar daerah ilmu al-jamiah al-Islamiyah ini. Kadang-kadang rasa lucu. Bila ditanya rasa muak!

Asbab di UIA ini dah biasa suasana pelajarnya berjubah lelaki mahupun perempuan, sepatutnya hal sebegini tidak pantas untuk dikontroversikan. Namun, bagi sesetangah yang suka memerhati dan sukar mengawal permainan psychonya, juga mungkin kerana sifat kewarna-warniannya, AWAS!

Jangan statik pada satu warna kalau tak tahan dugaan. hehe

Hehe...Mungkin diorang ingat recycle. Tak adalah sampai tak sempat hari nak tukar baju yang dipakai. InsyaAllah baju yang ada cukup untuk ditukar shiftnya sampai sebulan tanpa perlu berulang-ulang pakai. Tapi diri ini memang damai dengan jubah, terutamanya hitam. Senang nak digandingkan dengan pelbagai warna tudung, senang nak dibawa solat dan  fleksibel dalam gerak laku solat. Baju kurung rumit sikit. Tak berapa nak selesa.

Memang jenis katak bawah tempurung kalinya kalau bab fesyen, tak reti dan tak mahu. Ironinya, katak bawah tempurung pun boleh bertukar warna...emmhhh..Tak apalah.


Hitam itu Cantik. Boleh?


1. sejuk di mata, damai di hati :)
2. kurang di mata, sejuk di hati :)
3. indah di mata, sakit di hati :(
4. sakit di mata, sakit di hati :(
by:
Fedtri Yahya






Untuk jawapan yang lebih KETAT. Aurat!



*Berpakaianlah dengan menyebut nama Tuhamu, nescaya hati jadi lapang juga tenang dengannya.(nak pakai biru hijau pun kena bismillah..istikharah...;) senyum kambing

No comments:

Post a Comment