Friday, February 22, 2013

Ujian Keliru di Bumi Malaysia

Assalamualaikum warahmatullah.


وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolongpun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan..
(Hud : 113)

--------------------------------------------------------------------------------------------------

Semangat yb Najib menyampaikan ucapan. Perasaan aku kebas. Buletin Utama tv3 aku tonton sugul. Kelopak aku basah. Mata aku masih pada skrin tv, sayu aku memandang wajah yb Najib, Tapi yb Najib buat derk je....aku mula rasa nak menangis.

Ceramah politik sindiran. Aku jadi geram.

Kemana halanya? Bagaimana nasib kita di bumi ISLAM bernama Malaysia? Air mata aku bertakung. Mungkin pertama kali aku beremosi kapak tengok Buletin Utama. Politik pulak tu! Seketika, aku menguap, alang-alang tutup mulut, aku jamakkan dengan menyapu air mata *yang menitis membasahi pipi yang kononnya hasil menguap. Aku pandang belakang nak pastikan order aku. Belum ada.Aku mati kutu. Sadai kepala atas meja cafe Nusaibah, letih.

Letih!!!! ya Allah.
Aku letih dikelirukan orang-orang yang kerap muncul dalam tv. Yang haqq dan batil berselerakkan bersama keinginan nafsu. Dan....sejujurnya aku takut, aku takut turut menjadi sebahagian daripadanya.

Namun Alhamdulillah.
Sejak menjejakkan kaki ke universiti, aku yang kerdil dan hina bina mula cakna,sensatif dan menjadi insan yang lebih 'sense of humor'nya. Facebook, twitter,youtube dan lain-lain wacana media massa dan juga majlis-majlis ilmu telah banyak membuka pekun si empunya pekun yang hanya lebat dengan buah bicara tanpa inti yang haqq. Aku jadi masak.





Tuntasnya, aku memilih untuk senang dengan yang memacakkan panji agama dalam diri terlebih dahulu. Berlegar dengan Qalam Allah. Menggulum kepahitan fitnah dengan senyum zikrullah. Santun menepis sakit tusukan panah nista dunia dengan sabar dan redha.

Rahman
said ya Rahman...
Kerna keliling kami ada 2 golongan
satu nista
satu santun budiman

Rahman,
jika kami sasar dari titik tuju
jangan hanyutkan sepanjang jalan
segerakan kami ke pengkalan iman
biar ditongkah arus berbadai
asal cabang mehnah
tidak kami sepak terajang
biar hemat

Rahman,
semoga maghfirahMu
menjadi tiang seri penguat buat kami
agar sujud Istikharah kami
menjadi lambang
dahan pimpin ampuh dalam diam.




*introvert



No comments:

Post a Comment