Bila bicara tentang ummah.
Mulut banyak pasti keluarkan bunyi "aduhai clichenya asyik duk sebut isu ummah!" Ok. Terpulanglah kalau terus nak anggap macamtu. Tapi kalau rasa nak celik mata hati, mata akal masih boleh lagi selagi kita boleh sedut oksigen atas muka bumi Allah ini.
Inilah sebab kenapa tak hebatnya kita. Nilai iman yang sekadar pada solat 5 waktu sehari semalam. Sentimen yang sekadar memikirkan syurga diri. Kalau boleh nak kita sorang je masuk syurgakan? Tak nak berjemaah kesyurga..sebab itulah solat pun tak nak berjemaahkan? Ye ke macamtu teman?
Nauzubillah.
Teman,
Kalau berdayung sampan, biarlah atas air.
Kalau berbasikal, biarlah atas jalan.
Kalau ada motor, jangan lupa isi minyak.
Kalau ada kereta, pastikan stereng belah kanan.
Maka barulah sampan,basikal.motor, kereta boleh jalan. Kan? kat Malaysialah..kat lain tak taulah..
Teman,
Kalau dah namanya hidup, kita tak sorang.
Kalau dah namanya hamba, sedarlah diri.
Kalau dah tahu bumi sfera, janganlah nak berpura
Kalau dah senang, biarlah sama-sama senang,
Nanti susah boleh sama-sama susah.
Teman,
Dah sememangnya kita 'ummatan wasato'
Maknanya dah ada umat sebelum kita
Yang menjadi syahid(saksi) bagi azab yang mereka deritai
kerana apa?
Kerana tidak mahu beriman
dan
pecah-belah.
Para Nabi,Nabi kita, Muhammad saw, dan para Sahabat yang dijanjikan syurga, adakah mereka siang malam hanya sekadar berhempas pulas mengejar janji Allah tanpa mempedulikan hingar-bingar masyarakat dan saudara sekeliling?
Tidak bukan?
*Teman,
Kita adalah bersaudara. Maka cinta-mencintailah antara kita. Saling cakna antara satu dengan yang lain. Syurga Allah luas. Lebih dari cukup untuk kita semua. Cuma persoalannya..
SAMPAIKAH KITA KESANA? Biiznilah.
No comments:
Post a Comment