Monday, January 16, 2012

Ilaliqo' SHAS Mosque (1)

Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah hidup lagi..
Lepas je habis exam pada tanggal keramat 15/1 hati dipagut rasa kurang berperasaan. Orang lain kelihatan hyper active semacam. Macam dapat free ticket terbang Hawaii je. Horey!! balik kampung*apa da..ingatkan dapat gi tengok behind scene Hawaii 5-O.. tak sabar rasanya*buat2 excited. Tapi rasa tak berperasaan aku akhirnya membawa kepada emosi rapuh reput nan bekulat karat di gerbang masuk masjid. Terasa lemah longlai..tapi damai abadi. Berwudhuk, seterusnya selesaikan asar. Wirid-wirid sikit, then baca surah al-israk..tak sempat habiskan satu surah, dearest syaza kat cafe sent mesej. Katanya order dah sedia untuk dimakan.
Seterusnya apalagi..sodakollah hul adzhim.

Menghalalah jiwa lara yang sedang mengalami syndrom starvation of the day*zero in the stomach until 'bout 7pm.. ni ke pintu keluar masjid. Lek lu..touch up tudung lu sikit. Buat-buat lambat, aku suka. Then!
Rabun aku high class ke hape?? nearsightedness or farsightedness?? Mana pi slipar branded aku..asadi grey in colour tu. There's mistakela kalau orang nak rompak. That kinda mission will be impossible. Though it seems like happening.. yes, it happened reversely*beyond ur fool thought Fatimah! Right in front of me just a couple of cap ayam selipar..^_^. What more can i say. Dah lebih kurang setahun kau berbakti pada aku, rasala jugak kempunan bila tiba-tiba kau pergi tanpa pamit. O my! it's hurt!

On call syaza! This case must be reported! This unethical nonsense behaviour damn fool system corrupted bla..bla..bla..cannot be just hanging out without solution. Find the way out, motives, alibi, crime scene, i'm the victim..whose in charge as the murderer? Mandatory dealth penaltyla kamu. woha! Tapi hakikatnya tak ada apalah. Tenang je rasa dalam dada. Tak adalah nak kecoh-kecoh, selipar jepun je pun. Yang kecohnya niha! cacing kerawit serta keturunanya yang berdansa hebat dalam perut aku minta dikasi perhatian*nak masuk tv katanya. HambaMu lapar ya Allah.



morning glory, SHAS Mosque


Syaza dan ida tolong bawakkan makanan untuk aku sampai ke pintu masjid. Ya Allah, syukran jaziilan duhai sahabat. Engkaulah pewaris sunnah baginda Nabi saw*kena pandai bodek, kalau x saje je lapar, duhai alangkah mulianya kalian.jzkk.

All in all, aku rasa tak patut lah berjaga lebih-lebih.*walaupun hakikatnya da terlajak 3 km
Andai ada keizinan dari Allah, insyaAllah aku sambung. Nantikan di papan-papan blogger berhampiran "Ilaliqo' SHAS Mosque the movie 2."
Moga Allah ampunkan segala keterlanjuran aku dalam proses penaipan ini. Mana nak tau kalau aku terexaggerate mana-mana babak. Takut salah award pulak kat akhirat nanti. Senyum sikit.^_^


*May Allah have mercy upon man that i saw the day after yesterday..alohai ayatku..
That man with his wheelchair.  Syafakallah brother.^_^


Friday, January 13, 2012

Exam vs Kampung

Assalamualaikum warahmatullah...

Syukur ke hadrat Allah atas segala nikmat.
Hari ni*i mean 12/1 peperiksaan masih berjalan macam tak mau berhenti. Asal je kaki melangkah menuju CAC, jiwa cuak gila!! Dah tak tahan rasanya dalam so-called 'examination mood'. Tension, tapi maintain cool depan mata banyak, sebab still nak nampak macho. Tension sebab apa?? Sebab persediaan tak ada. Sebab apa persediaan tak ada? sebab stress+malas+nervous system can no longer be controlled and so on. Banyaknya alasan..dah kalau namanya Nor Fatimah, tak lepas dari mencipta seribu satu strategi untuk beralasan. Kanke baik kalau tukar ayat tu jadik camni 'dah kalau namanya Nor Fatimah, tak lepas dari mencipta seribu satu strategi dakwah!!
Fuyoo!!
Ayat tu tak tahan!!


Main Hall, CAC


Esok sorang lagi comrade kita orang akan berlepas pulang. Hai, bapak jealous macam kerbau dah ni!
Pasal apalah rasa lambat semacam je tanggal 16/1/12 nih!*tarikh aku balik, sanah helwah mak!. Wahai hati belajarlah bersabar. Sesungguhnya hadiah dari Allah untuk orang yang sabar itu adalah perkhabaran yang menggembirakan, insyaAllah. 'Sobru shatrul imaan'. 'Jangan kerana mendengar guruh di langit air di tempayan dicurahkan'. Belajarlah untuk terus tetap mensyukuri nikmatNya, sementara berada di sini kutiplah seberapa banyak bekal untuk ke 'sana' wahai Fatimah.*cantikkan nama Fatimah! nama ni Allah sendiri wahyukan untuk puteri Baginda saw. Subhanallah,namun aku sekadar menumpang di pinggiran>_<


Flight Ticket


nak kata aeroplane bukan, nak kata heli pun bukan, nak kata jet..iyeke.. *mental disorder...
Taffadol la sesiapa yang nak ikut aku balik Dungun.^__^


*redhalah dengan setiap ketetapan dari Allah, kerana perancangan Allah itu jauh lebih sempurna dan tak terduga buat diri kita yang hina bina ini..sesungguhnya kita berada di dalam genggamanNya, jadi?
Tawakkal tu alAllah..





Wednesday, January 11, 2012

Melankolik Jiwa Perantau


AKU RINDU NAK BALIK RUMAH

Aku rindu nak balik rumah 
sebab aku gerun dengan takdir
mana tau kalau-kalau balik nanti ada yang dah tak ada
atau aku sendiri yang tak ada kesempatan untuk pulang lagi
Risau!
tapi hati kena belajar redha dengan ketentuan


Aku rindu nak berjemaah dengan ayah
dekat surau birai rumah
ayah bangun pepagi hari nak kumandangkan subuh
sebelum masuk waktu ayah mengaji dulu guna mike
memecah hening pagi kampung sura hujung
beningnya jiwa
anak-anak tidur lintang pukang lagi
semuanya culas bangun pagi
sebelum naik surau ayah kejutkan anak-anak jantan ayah dulu
yang bungkam depan tv
Apis, Iwan, Seri dan biasanya Baihaqi 'sepupu' ada sama
ayah ajak berjemaah
kalau hak tu tak ada kemungkinan tak adala makmum subuhnya
tapi semuanya macam tunggul kayu yang kena hempas ombak depan rumah
buat don't know je
sekali kena kerah sekali buat celik
ayah naik atas surau pejam balik mata rapat-rapat
kasi syaitan bersorak macam setan
ayah pun 'bang'
sampai dekat 'asolatukhirun mina naum'
anak-anak tak mampu nak balas dengan 'sodakta wabarokta wanosohta'
masa tu yang baiknya tidur daripada pergi berjemaah


Tiba giliran mak pulak ambik alih shift ayah
2,3 kali digerak dan disembur dengan leteran baru reti nak bangun
semua bingkas tengok jam yang pacak dekat dinding rumah
arghh!!
dah pukul 6, dah 6:15
mulala cari towel keliling rumah
sapa cepat dia dapat
berebut masuk bilik air
kalau nasib aku baik aku bangun awal
akulah yang dapat dulu
cari berus gigi.ubat gigi, masuk jamban berhadas
bersihkan diri nak menghadap Allah
cepat!!
subuh dah nak jadik subuh gajah
Seri masuk bilik air masih boleh kompromi
tapi kalau Iwan memang bikin hati tambah penyakit
setiap subuh macam mandi wajib
lamanya...
baik pegi turun bilik air bawah
kalau tak terlepas rakaat
tambah-tambah pagi Jumaat
sayang nak sujud sejadah
sayang nak dengar ayah baca al-Insaan


Aku berkejar naik surau
petik suis lampu, kadang-kadang kipas sekali
hampar sejadah
Alhamdulilllah
kalau ada kesempatan masih boleh sunat subuh
ayah di balik tabir masih menunggu 'makmum serumah' dengan sabar
mengaji lagi...
Abang Yie yang datang dari dalam kampung mula naik mengah
adik-adik tak jugak muncul
dijerkah-jerkah baru reti nak cepat
sarung kota ke tubuh
sibai kain pelikat
berlari-lari anak dari rumah ke surau
macam Sa'ie Safa ke Marwah


Allahuakbar!!
ayah ambik posisi mengimamkan subuh
adik-adik kejar takbiratul ihram imam
nak dapat ganjaran
ada yang masih terkial-kial wudhuk terbatal
air kolah berkocak kencang
Abang Yie selalu marah dan berpesan
kalau lambat solat nanti jadi makmum masbuk
tapi masih lagi berulang
ada sahaja yang masih meludah liur dan kahak pepagi buta
memecah kesunyian berjemaah
mulut masih belum selesa dan bersedia
untuk bermakhraj dengan Qalam Allah
tertinggal rukun, tertinggal rakaat
solat mesti berjemaah
disitulah sumber kekuatan keluarga dan umat


Assalamualaikum warahmatullah...
semoga Allah meredhai kami dengan jannahNya
semoga kami terhindar dari azab JahanamNya
ada makmum bangkit menyambung sisa rakaat
istighfar terungkap spontan seusai salam
wirid dan doa dialun indah ayah
mulut kami terkumat-kamit 
syahdu dan kerdil
Duhai Kholiq!!
kami alpa lagi
doa ayah diaminkan anak-anak merangkap makmum
aku dan mak tersengguk-sengguk 
tahan mengantuk di balik tabir
sudahnya kami bersalam-salaman


Kitab taklim dan rehal ditarik adik
jemaah yang tidak sampai sekerat
mula membentuk bulatan
suara garau Seri menggegar surau
tanda nafas subuhnya masih tersekat-sekat
menyampaikan taklim
kisah sahabat dan sirah nabi
sebagai ibrah harian
daripada kitab 'fadhilat amal'
hadis-hadis terkandung diperdengarkan
agar menjadi sunnah ikutan
Namun.
ada yang cuba mengelat
sebagai alasan sakit perut dan sewaktu dengannya
padahal mata dah tak mampu bertahan
sedari tadi asyik mau terpejam
tapi taklim perlu di habiskan
kalau tidak telinga dijentik Abang Yie
atau dijerkahnya lagi
kata-katanya kasar dan cukup menyakitkan
boleh jadi ubat tahan mengantuk


Usailah satu subuh yang penuh memori
ada yang masih mengharap redha Illahi
terus menggulum biji tasbih di dalam surau
sehingga mentari di ufuk timur sudi menyeringai


Ayah ke pantai 
tumpuan rutinnya
kalau mahu mencarinya di pagi hari
tidak ada lain 
pasti di situ
kekadang adik-adik turut mengekori
aku pun sama
turun bertafakur dan menikmati dingin embun
sambil menunggu matahari
yang menyorok di balik Pulau Tenggol terbit
menampakkan kekuasaan Rabbani!
Subhanallah.


Kerana hal inilah 
AKU RINDU NAK BALIK RUMAH
bimbang kalau semua ini tidak akan berulang lagi
sebab aku jauh di tempat orang
takut tak sempat..>_<
tapi kalau benar dah tak ada jodoh antara kami
moga Jannah Firdaus Allah
yang akan sekali lagi menyatukan kami
In Shaa Allah

fi aman Allah
^__^



He lead our solat 
^__^


..and this is...sensation,perception...whateverlah!


so-called s.t.u.d.y


*fbnye note..
Tomorrow 'psy-chaotic paper', no more playing nonsense. Seriously demand unpleasant emotions to focus on this!
Well then, bitaufiq wanajjahla buat diri ^_^

Tuesday, January 10, 2012

Indah

Assalamualaikum warahmatullah...

Kembali kepada Allah segala pujian, hari ini, di Lauh Al-Mahfuz sudah sedia tertulis bahawasanya seorang Nor Fatimah ibni Taib masih lagi diberi peluang untuk menghirup udara di alam fana ini. Tapi itupun belum tentu lagi, sebab hari ini masih meniti jam-jam akhir dan fajar esok nampak pada gayanya hanya dalam pengetahuan Allah, samada akan menyingsing untuk aku atau tidak. Namun, InsyaAllah mintak-mintak panjang umur.

Bahagia sungguh hari ini. Siapa bagi rasa bahagia? Allah.^_^. Jadi tawhidkanlah Dia, sebab hanya Dia. Hanya Dia!

Sombong! itu ucapan dia pada aku semalam.*flashback semalam punya story dekat Main Audi.
Perkataan itu sedikit pun tak terkesan pada aku, apatah lagi nak berkecil hati. Aku senyum.T__T. Terkesima sebetulnya. Allah! Aku rindu bagai dekat dia, tup,tup kat sini kita 'terjumpa', berdiri kat sebelah aku pulak tu, boleh pulak aku tak perasan. Dah kalau namanya aturan Allah, punyalah sebulan lebih tak jumpa, aku call dia, dia call aku, rancang nak jumpa sebab nak lepas rindu dan segala macam hal tapi dah ada aral nak buat macam mana kan..aku cium tangan dia, dia cium kanan kiri pipi aku. Just one perfect word that I can figured out at that moment is 'beautiful'.



Mrs Samirah^_^


Aturan semalam, menemukan kami hari ini. Pertemuan hari ini adalah sangat berbeza pada dasar statusnya dia yang membawa title isteri kepada seorang hamba Allah yang bertuah kerana lafaz qabulnya. Sudah sebulan 5 hari dia membawa gelaran ini, tapi baru hari ini kami bertemu mata untuk sebuah 'pemberian kerdil' dari aku. Dapat borak-borak*bukan kosong punya tapi penuh inti, lunch sama-sama, arghh..aku takkan puas punya kalau dengan dia.

She's actually working on her master degree in here, IIUM. Majoring in Arabic, she's first took her degree in University of Al-Azhar, Cairo. We began to know each other due to the IELTS class or PRSS programme. Since that, our relationship has been so fertilized. Alhamdulillah, our ukhwah going so well, and most definitely because of that, we still keep in touch until now though not as frequent as usual, but still 'istiqamah'.^_^ Every single second that we met each other, the words of advice and counsel were always there. For being with her, the feeling of love are just so alive. Towards me, i'm consider her as my own sister*of coursela because she keeps calling me 'adek'.^_^



A gift.


Lagi keindahan dari insan yang digelar sahabat.
Bunga cantik indah nan putih melepak+softy yellow ni daripada Hisaan, tengah-tengah lentok tidur, tiba-tiba dia datang dari center kasi bunga. Dia letak kat sebelah aku. How sweet!
Bapak dramatis!,sebab esok pagi dia bertolak balik SP.>_<
Anyhow,
Syukran jazeelan kasiro, ilaliqo'


*indah itu tenang, tenang itu penyejuk Qalbuku.^_^



Monday, January 9, 2012

Lesu, Tapi Masih Berukhwah^_^

Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah masih bernyawa lagi hari ini. Walaupun lesu macam hape dah..Sesudah je bersihkan diri Syaza my Kelatannese roomate yang baru je selesai paper SOQU telefon. Sebab dah boleh agak dah apa yang mahu diutarakannya melalui panggilan tersebut, aku buat-buat lemah gemalai. Tak ade lain, pasti baucer RM200 untuk mahasiswa/wi IPTA daripada so-called One Malaysia government (ops! i'm a neutral). Malaslah!*ai 'ringgit' tuh xnak ke..

Diaolog kami:
Syaza: Assalamualaikum.
aku   : Waalaikummussalam..*intonasi lemah
Syaza: ado mano tu?
aku   : ade bilik!
Syaza: mandi tok lagi?
aku   : mandi doh...
Syaza: ...tok sir gi ambik bauco ko?
aku   : emm..xrokla...
Syaza: sakit perut lagi ko?
aku   : (entah ape aku jwb aku x igt)
Syaza: xpo take ur time, ambo tunggu *where on earth could u find a friend like this??? dia yang kat center sana sedangkan aku yang dalam bilik tak bersiap-siap hape pun lagi..
anyway thanks a lot syaza! I'm so grateful to have a friend like u!


so-and-so: Syaza


Langkah lemah terpaksa diatur demi RM200 yang menanti. Tangga 'Batu Caves' mahallah Nusaibah sanggup ku turuni! Lemah dan lesu. Mungkin sebab insomnia yang melanda diri sejak 3,4 malam berturut-turut menyebabkan aku jadi sungguh tak berdaya saing. Ditambah pulak semalam aku tak makan ape pun melainkan supper yang bermenukan Maggie Kari, itupun paksa telan tapi tak habis jugak,+ 1 gelas kopiko yang menyebabkan perut dan mata buat hal!

Allahuakbar!
Punyala ramai students dekat Main Audi nak ambik duit, entah baris mana yang aku kena masuk pun aku tak tahu. Buat-buat macam tunggul. Ah! ikut jela geng-geng niha.
Lepas je dapat baucer kami pun pegila evoke cafe untuk lunch. Aku macam biasa selera makan entah ape-apa, asyik tak habis je makannya. Nasib baik budak Kelate dengan dengan budak Nogori ada, maka licinla jugak pinggan aku...^_^


kami yang gagah^_^


Alhamdulillah ukhwah kami memang erat. Daripada sem pertama sampai sekarang, most of the time kami tetap bersama walaupun berlainan course. Dulu masa first sem, kami semua satu bilik. Bilik usrahlah katakan, kenalah ramai sikit, fee pun kuranglah berbanding sekarang. Walaupun kami dah bercerai-berai sekarang, sorang duk Aminah, sorang duk Asma, 4 duk Halimah dan 2 duk Nusaibah, tapi Allah masih nak kami bersatu untuk kami saling meneguhkan antara satu dengan yang lain. Alhamdulillah. ukhwah hasanahlah nikan??
Tutup cerita! esok paper Aqidah, satu hape pun belum jenguk lagi. So, kena studyla..


*Tajdidkan niat, exam ke, nak berjaya ke, nak 4f ke, pastikan semuanya kerana mencari redha Allah.
Fi aman Allah..^_^

Sunday, January 8, 2012

Banat Al-Bahr

Assalamualaikum wrhmatullah...
salam pembukaan untuk blog baru..^_^
agar segala-galanya baru dan segar bugar!

Ta'ruf sikit..
Aku anak laut Terengganu yang menyandarkan diri pada pertolongan Allah, kerana hanya Dia sebaik-baik pelindung. Baik didunia dan akhirat, di alam maya maupun nyata.
asal Dungun Terengganu, berumah tak adalah tepi pantai sangat, tapi Alhamdulillah rumah menghadap laut tapi melawan arah kiblat..^_^
Sebab itulah title blog ini Banat al-Bahr kerana merangkap penulisnya yang konon-kononnya Gadis Laut..^_^ memang pun !! sebab memang dah sebati dengan pantai yang nyaman lagi tenteram di Kampung Sura Hujung dengan musim tengkujuhnya yang SubhanaAllah..^_^

Hasbunallahu wa ni' mal wakiil (Ali-Imran 3:173)




Pada kelamnya muara sungai iman ku
aku biarkan ianya berkelodak tanpa mendap
aku dengar ombak pesisirnya berkocak lesu
menghanyut sisa-sisa noda kekhilafan amal
tenggelam timbul tanpa kiblat
membiar rosak tanpa islah
pada doanya anak nelayan yang kebuluran
aku kecewakan
Maaf!!
wahai anak nelayan
kerana sukar untuk aku
Mujahadah.






*hidup takkan namanya hidup kalau tak merasa sakit dan payah
yang penting ibrah dijadikan panduan..
jadi biar aku bangkit!^_^