AKU RINDU NAK BALIK RUMAH
Aku rindu nak balik rumah
sebab aku gerun dengan takdir
mana tau kalau-kalau balik nanti ada yang dah tak ada
atau aku sendiri yang tak ada kesempatan untuk pulang lagi
Risau!
tapi hati kena belajar redha dengan ketentuan
Aku rindu nak berjemaah dengan ayah
dekat surau birai rumah
ayah bangun pepagi hari nak kumandangkan subuh
sebelum masuk waktu ayah mengaji dulu guna mike
memecah hening pagi kampung sura hujung
beningnya jiwa
anak-anak tidur lintang pukang lagi
semuanya culas bangun pagi
sebelum naik surau ayah kejutkan anak-anak jantan ayah dulu
yang bungkam depan tv
Apis, Iwan, Seri dan biasanya Baihaqi 'sepupu' ada sama
ayah ajak berjemaah
kalau hak tu tak ada kemungkinan tak adala makmum subuhnya
tapi semuanya macam tunggul kayu yang kena hempas ombak depan rumah
buat don't know je
sekali kena kerah sekali buat celik
ayah naik atas surau pejam balik mata rapat-rapat
kasi syaitan bersorak macam setan
ayah pun 'bang'
sampai dekat 'asolatukhirun mina naum'
anak-anak tak mampu nak balas dengan 'sodakta wabarokta wanosohta'
masa tu yang baiknya tidur daripada pergi berjemaah
Tiba giliran mak pulak ambik alih shift ayah
2,3 kali digerak dan disembur dengan leteran baru reti nak bangun
semua bingkas tengok jam yang pacak dekat dinding rumah
arghh!!
dah pukul 6, dah 6:15
mulala cari towel keliling rumah
sapa cepat dia dapat
berebut masuk bilik air
kalau nasib aku baik aku bangun awal
akulah yang dapat dulu
cari berus gigi.ubat gigi, masuk jamban berhadas
bersihkan diri nak menghadap Allah
cepat!!
subuh dah nak jadik subuh gajah
Seri masuk bilik air masih boleh kompromi
tapi kalau Iwan memang bikin hati tambah penyakit
setiap subuh macam mandi wajib
lamanya...
baik pegi turun bilik air bawah
kalau tak terlepas rakaat
tambah-tambah pagi Jumaat
sayang nak sujud sejadah
sayang nak dengar ayah baca al-Insaan
Aku berkejar naik surau
petik suis lampu, kadang-kadang kipas sekali
hampar sejadah
Alhamdulilllah
kalau ada kesempatan masih boleh sunat subuh
ayah di balik tabir masih menunggu 'makmum serumah' dengan sabar
mengaji lagi...
Abang Yie yang datang dari dalam kampung mula naik mengah
adik-adik tak jugak muncul
dijerkah-jerkah baru reti nak cepat
sarung kota ke tubuh
sibai kain pelikat
berlari-lari anak dari rumah ke surau
macam Sa'ie Safa ke Marwah
Allahuakbar!!
ayah ambik posisi mengimamkan subuh
adik-adik kejar takbiratul ihram imam
nak dapat ganjaran
ada yang masih terkial-kial wudhuk terbatal
air kolah berkocak kencang
Abang Yie selalu marah dan berpesan
kalau lambat solat nanti jadi makmum masbuk
tapi masih lagi berulang
ada sahaja yang masih meludah liur dan kahak pepagi buta
memecah kesunyian berjemaah
mulut masih belum selesa dan bersedia
untuk bermakhraj dengan Qalam Allah
tertinggal rukun, tertinggal rakaat
solat mesti berjemaah
disitulah sumber kekuatan keluarga dan umat
Assalamualaikum warahmatullah...
semoga Allah meredhai kami dengan jannahNya
semoga kami terhindar dari azab JahanamNya
ada makmum bangkit menyambung sisa rakaat
istighfar terungkap spontan seusai salam
wirid dan doa dialun indah ayah
mulut kami terkumat-kamit
syahdu dan kerdil
Duhai Kholiq!!
kami alpa lagi
doa ayah diaminkan anak-anak merangkap makmum
aku dan mak tersengguk-sengguk
tahan mengantuk di balik tabir
sudahnya kami bersalam-salaman
Kitab taklim dan rehal ditarik adik
jemaah yang tidak sampai sekerat
mula membentuk bulatan
suara garau Seri menggegar surau
tanda nafas subuhnya masih tersekat-sekat
menyampaikan taklim
kisah sahabat dan sirah nabi
sebagai ibrah harian
daripada kitab 'fadhilat amal'
hadis-hadis terkandung diperdengarkan
agar menjadi sunnah ikutan
Namun.
ada yang cuba mengelat
sebagai alasan sakit perut dan sewaktu dengannya
padahal mata dah tak mampu bertahan
sedari tadi asyik mau terpejam
tapi taklim perlu di habiskan
kalau tidak telinga dijentik Abang Yie
atau dijerkahnya lagi
kata-katanya kasar dan cukup menyakitkan
boleh jadi ubat tahan mengantuk
Usailah satu subuh yang penuh memori
ada yang masih mengharap redha Illahi
terus menggulum biji tasbih di dalam surau
sehingga mentari di ufuk timur sudi menyeringai
Ayah ke pantai
tumpuan rutinnya
kalau mahu mencarinya di pagi hari
tidak ada lain
pasti di situ
kekadang adik-adik turut mengekori
aku pun sama
turun bertafakur dan menikmati dingin embun
sambil menunggu matahari
yang menyorok di balik Pulau Tenggol terbit
menampakkan kekuasaan Rabbani!
Subhanallah.
Kerana hal inilah
AKU RINDU NAK BALIK RUMAH
bimbang kalau semua ini tidak akan berulang lagi
sebab aku jauh di tempat orang
takut tak sempat..>_<
tapi kalau benar dah tak ada jodoh antara kami
moga Jannah Firdaus Allah
yang akan sekali lagi menyatukan kami
In Shaa Allah
fi aman Allah
^__^
He lead our solat
^__^
so-called s.t.u.d.y
*fbnye note..
Tomorrow 'psy-chaotic paper', no more playing nonsense. Seriously demand unpleasant emotions to focus on this!
Well then, bitaufiq wanajjahla buat diri ^_^
Tomorrow 'psy-chaotic paper', no more playing nonsense. Seriously demand unpleasant emotions to focus on this!
Well then, bitaufiq wanajjahla buat diri ^_^
No comments:
Post a Comment