Monday, January 9, 2012

Lesu, Tapi Masih Berukhwah^_^

Assalamualaikum warahmatullah...

Alhamdulillah masih bernyawa lagi hari ini. Walaupun lesu macam hape dah..Sesudah je bersihkan diri Syaza my Kelatannese roomate yang baru je selesai paper SOQU telefon. Sebab dah boleh agak dah apa yang mahu diutarakannya melalui panggilan tersebut, aku buat-buat lemah gemalai. Tak ade lain, pasti baucer RM200 untuk mahasiswa/wi IPTA daripada so-called One Malaysia government (ops! i'm a neutral). Malaslah!*ai 'ringgit' tuh xnak ke..

Diaolog kami:
Syaza: Assalamualaikum.
aku   : Waalaikummussalam..*intonasi lemah
Syaza: ado mano tu?
aku   : ade bilik!
Syaza: mandi tok lagi?
aku   : mandi doh...
Syaza: ...tok sir gi ambik bauco ko?
aku   : emm..xrokla...
Syaza: sakit perut lagi ko?
aku   : (entah ape aku jwb aku x igt)
Syaza: xpo take ur time, ambo tunggu *where on earth could u find a friend like this??? dia yang kat center sana sedangkan aku yang dalam bilik tak bersiap-siap hape pun lagi..
anyway thanks a lot syaza! I'm so grateful to have a friend like u!


so-and-so: Syaza


Langkah lemah terpaksa diatur demi RM200 yang menanti. Tangga 'Batu Caves' mahallah Nusaibah sanggup ku turuni! Lemah dan lesu. Mungkin sebab insomnia yang melanda diri sejak 3,4 malam berturut-turut menyebabkan aku jadi sungguh tak berdaya saing. Ditambah pulak semalam aku tak makan ape pun melainkan supper yang bermenukan Maggie Kari, itupun paksa telan tapi tak habis jugak,+ 1 gelas kopiko yang menyebabkan perut dan mata buat hal!

Allahuakbar!
Punyala ramai students dekat Main Audi nak ambik duit, entah baris mana yang aku kena masuk pun aku tak tahu. Buat-buat macam tunggul. Ah! ikut jela geng-geng niha.
Lepas je dapat baucer kami pun pegila evoke cafe untuk lunch. Aku macam biasa selera makan entah ape-apa, asyik tak habis je makannya. Nasib baik budak Kelate dengan dengan budak Nogori ada, maka licinla jugak pinggan aku...^_^


kami yang gagah^_^


Alhamdulillah ukhwah kami memang erat. Daripada sem pertama sampai sekarang, most of the time kami tetap bersama walaupun berlainan course. Dulu masa first sem, kami semua satu bilik. Bilik usrahlah katakan, kenalah ramai sikit, fee pun kuranglah berbanding sekarang. Walaupun kami dah bercerai-berai sekarang, sorang duk Aminah, sorang duk Asma, 4 duk Halimah dan 2 duk Nusaibah, tapi Allah masih nak kami bersatu untuk kami saling meneguhkan antara satu dengan yang lain. Alhamdulillah. ukhwah hasanahlah nikan??
Tutup cerita! esok paper Aqidah, satu hape pun belum jenguk lagi. So, kena studyla..


*Tajdidkan niat, exam ke, nak berjaya ke, nak 4f ke, pastikan semuanya kerana mencari redha Allah.
Fi aman Allah..^_^

No comments:

Post a Comment