Assalamualaikum wrhmatullah...
salam pembukaan untuk blog baru..^_^
agar segala-galanya baru dan segar bugar!
Ta'ruf sikit..
Aku anak laut Terengganu yang menyandarkan diri pada pertolongan Allah, kerana hanya Dia sebaik-baik pelindung. Baik didunia dan akhirat, di alam maya maupun nyata.
asal Dungun Terengganu, berumah tak adalah tepi pantai sangat, tapi Alhamdulillah rumah menghadap laut tapi melawan arah kiblat..^_^
Sebab itulah title blog ini Banat al-Bahr kerana merangkap penulisnya yang konon-kononnya Gadis Laut..^_^ memang pun !! sebab memang dah sebati dengan pantai yang nyaman lagi tenteram di Kampung Sura Hujung dengan musim tengkujuhnya yang SubhanaAllah..^_^
Hasbunallahu wa ni' mal wakiil (Ali-Imran 3:173)
Pada kelamnya muara sungai iman ku
aku biarkan ianya berkelodak tanpa mendap
aku dengar ombak pesisirnya berkocak lesu
menghanyut sisa-sisa noda kekhilafan amal
tenggelam timbul tanpa kiblat
membiar rosak tanpa islah
pada doanya anak nelayan yang kebuluran
aku kecewakan
Maaf!!
wahai anak nelayan
kerana sukar untuk aku
Mujahadah.
*hidup takkan namanya hidup kalau tak merasa sakit dan payah
yang penting ibrah dijadikan panduan..
jadi biar aku bangkit!^_^
No comments:
Post a Comment