Monday, February 27, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum warahmatullah..

Hari ini dalam sejarah hidup, aku adalah..aku tetap aku, hamba pada yang satu. Tidak dapat tidak,.hari ini dan insyaAllah hari-hari yang bakal mendatang jika dipanjangkan umur oleh Allah swt adalah hari aku menjadi insan yang perlu dan ingin senantiasa mengingati Allah. Kerana apa? kerana hanya ini kunci "kebahagiaan"
Insafi diri..

siapa engkau di muka bumi??
apa tujuan engkau disini??
Menggunung tinggikah amalmu?
ataukah dosamu melangit rata?
selaut luaskah usahamu?
atau berarus-arus buih keluhanmu?
Kalimat syukurkah setiap bait bibirmu?
Ataukah nista dan kejian berapi-api?

Cuba renung siapa kita....sengsara atau bahagia???



Qailullah di dada langit Nusaibah


* Bak bait-bait lagu nasyid UNIC:
Bahagia itu dari dalam diri, kesannya zahir rupanya maknawi, terpendam bagai permata di dasar hati.
Ada pada hati, bertakhta di kerajaan diri
Hakikatnya bahagia adalah ketenangan, bila hati mengingati TUHAN...

Sunday, February 26, 2012

Mawaddah Umi Wa Abi


Assalamualaikum warahmatullah...


mak dan ayah


Baru aje telefon mak. khabarnya mak dengan ayah demam. Mak demam tapi tetap pergi kerja. Mak cakap ayah pun demam dah beberapa hari. Ayah demam sampai tak keluar suara. Hari ni dapat panggilan kerja dari kawan, ayah segar sikit kata mak. Aku tanya demam sebabkan rindu aku ke...hehe mak jawab agaknyela..

Kesiannya mak dan ayah. Umur dah lebih separuh abad tapi masih terpaksa membanting tulang untuk anak-anak. Iyeke terpaksa?? tak. aku rasa tak. Ini semua kerana mawaddah dan rahmah kasih mereka. Segala-galanya untuk anak-anak. Aku?..ada ke bakti aku untuk mereka selama hayat mereka berdua kat atas muka bumi Khalid ni. Kegembiraan atau kesedihan hati yang telah mereka pendam terhadap anak-anak. Terutamanya aku..

Kalau teringatkan umi wa abi...sebak di dada pasti singgah..*speechless



seri wa iwan

Budak berdua ni katanya ikut ijtimak kat selangor niha, da berapa hari dah..telefon tak pernah jugak nak dapat. Asyik voice mail box je..buat habis kredit je..moga jadi anak-anak soleh ye kalian. Satu lagi jangan lupa jadik adik-adik soleh..hehe nak jugak..


hasil seni naughty kids


adawiah wa alauddin

haha budak berdua ni bila bergabung memang havoc abis. Kak na sendkan gambar, aku pun telefonla dia..geramla dia krim muka baru beli yang belum dibukak lagi da dilanyak habis oleh budak berdua niha. Asbab tv tu hitam sangat agaknya tu yang mereka berdua pi sapu krim tuh haha!! Tula agaknya cara diorang sambut mak sedara yang baru balik..
peace!!


*Moga cepat sembuh mak ayah. Allahumaghfirli waliwaliday'ya warhamhuma kama robbayani soghigho.Ameen..dari anak yang belum berbakti


Saturday, February 25, 2012

Pada Basmallah

Jadikan aku hambaMu yang senantiasa bernawaitu telus
pandu ikhlasku agar sampai pada fitrah insani yang tulus
agar pohon taqwa dalam sanubari berputik tanpa cambahan mazmumah
biar hanya mahmudah...
walau payah biar bertekad
jangan mundur
jangan berundur
jangan malar
biar payau
asalkan redhaMu sentiasa ada
segala keinginan dan keperluan hanya padaMu aku sandarkan
esok atau nanti tiba masaku, biar hanya Kau yang bertakhta
jangan su'ul
biar husnul
Sesungguhnya hanya namaMu ya Allah
hanya pada Basmillah..


pada ufuk seorang Balqis


*ampunkan hamba yang sentiasa lagha..

Saturday, February 11, 2012

Lambaian Muhammad Mustafa



Terdapat sebuah kisah tentang cinta yang sebenar-benar cinta yang dicontohkan Allah melalui kehidupan RasulNya. Pagi itu, walaupun langit telah mulai menguning, burung-burung gurun enggan mengepakkan sayap. Ketika itulah, Rasulullah dengan suara terbatas memberikan kutbah:

"Wahai umatku, kita semua berada dalam kekuasaan Allah dan cinta kasihNya. Maka taati dan bertakwalah kepadaNya. Ku wariskan dua perkara pada kalian, al-Qur'an dan sunnahku. Barang siapa mencintai sunnahku, bererti mencintai aku dan kelak orang-orang yang mencintaiku, akan masuk syurga bersama-samaku."

Khutbah singkat itu diakhiri dengan pandangan mata Rasulullah saw. yang tenang dan penuh minat menatap sahabat-sahabatnya satu persatu. Abu Bakar menatap baginda dengan mata yang berkaca-kaca, Umar dadanya naik turun menahan nafas dan tangisnya. Usman menghela nafas panjang dan Ali menundukkan kepalanya dalam-dalam. Isyarat itu telah datang, saatnya sudah tiba.

"Rasulullah saw. akan meninggalkan kita semua,"keluh hati semua sahabat kala itu.

Manusia tercinta itu, hampir selesai menunaikan tugasnya di dunia. Tanda-tanda itu semakin kuat, tatkala Ali dan Fadhal dengan cergas menangkap Rasulullah saw. yang berkeadaan lemah dan goyah ketika turun dari mimbar. Disaat itu, kalau mampu, seluruh sahabat yang hadir di sana pasti akan menahan detik-detik berlalu.

Matahari kian tinggi, tapi pintu rumah Rasulullah saw. masih tertutup. Sedang di dalamnya, Rasulullah sedang terbaring lemah dengan keningnya yang berkeringat dan membasahi pelepah kurma yang menjadi alas tidurnya.

Tiba-tiba dari luar pintu terdengar seorang yang berseru mengucapkan salam. "Bolehkah saya masuk?" tanyanya. Tetapi Fatimah tidak mengizinkannya masuk, "Maafkanlah, ayahku sedang demam," kata Fatimah yang membalikkan badan dan menutup pintu.

Kemudian dia kembali menemani ayahnya yang ternyata sudah membuka mata dan bertanya pada Fatimah, "Siapakah itu wahai anakku?" "Tak tahulah ayahku, orang sepertinya baru sekali ini aku melihatnya," tutur Fatimah lembut.

Lalu, Rasulullah saw. menatap puterinya itu dengan pandangan yang menggetarkan. Seolah-olah bahagian demi bahagian wajah anaknya itu hendak dikenang.

"Ketahuilah anakku, dialah yang menghapuskan kenikmatan sementara, dialah yang memisahkan pertemuan di dunia. Dialah malaikat maut," kata Rasulullah saw..

Fatimah menahan ledakan tangisnya. Malaikat maut datang menghampiri Rasulullah lalu Baginda menanyakan kenapa Jibril tidak ikut sama menyertainya. Kemudian dipanggilah Jibril yang sebelumnya sudah bersiap di atas langit dunia menyambut ruh kekasih Allah dan penghulu dunia ini.

"Jibril, jelaskan apa hakku nanti di hadapan Allah?" Tanya Rasulullah dengan suara yang amat lemah.

"Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat telah menanti ruhmu. Semua syurga terbuka lebar menanti kedatanganmu," kata Jibril. Tapi itu ternyata tidak membuatkan Rasulullah lega, matanya masih penuh kecemasan.

"Engkau tidak senang mendengar khabar ini?" Tanya Jibril lagi.

"Khabarkan kepadaku bagaimana nasib umatku kelak?"

"Jangan khuatir, wahai Rasul Allah, aku pernah mendengar Allah berfirman kepadaku: 'Ku haramkan syurga bagi sesiapa saja, kecuali umat Muhammad telah berada di dalamnya," kata Jibril.

Detik-detik semakin dekat, saatnya Izrail melakukan tugas. Perlahan ruh Rasulullah ditarik. Nampak seluruh tubuh Rasulullah bersimbah peluh, urat-urat lehernya menegang.

"Jibril, betapa sakit sakaratul maut ini." Perlahan Rasulullah mengaduh. Fatimah terpejam, Ali yang di sampingnya menunduk semakin dalam dan Jibril memalingkan muka.

"Jijikkah kau melihatku, hingga kau palingkan wajahmu Jibril?" Tanya Rasulullah pada Malaikat penghantar wahyu itu.

"Siapakah yang sanggup, melihat kekasih Allah direnggut ajal," kata Jibril.

Sebentar kemudian terdengar Rasulullah memekik, kerana sakit yang tidak tertahan lagi. "Ya Allah, dahsyat nian maut ini, timpakan saja semua siksa maut ini kepadaku, jangan pada umatku.

Badan Rasulullah mulai dingin, kaki dan dadanya sudah tidak bergerak lagi. Bibirnya bergetar seakan hendak membisikkan sesuatu, Ali segera mendekatkan telinganya. "Uushiikum bis shalati, wa maa malakat aimanuku, peliharalah shalat dan peliharalah orang-orang lemah di antaramu."

Di luar pintu tangis mulai terdengar bersahutan, sahabat saling berpelukan. Fatimah menutupkan tangan di wajahnya, dan Ali kembali mendekatkan telinganya ke bibir Rasulullah yang mulai kebiruan.

"Ummatii, ummatii, ummatiii?" – "Umatku, umatku, umatku"

Dan, berakhirlah hidup manusia mulia yang memberi sinaran itu. Kini, mampukah kita mencintai dirinya sebagaimana Baginda mencintai kita?

Allahumma sholli 'ala Muhammad wa baarik wa salim 'alaihi

Betapa cintanya Rasulullah kepada kita.

Semoga kita hargai segala pengorbanan Rasulullah SAW.

buku karangan penulis turki tentang riwayat hidup baginda saw


-Sumber dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Layari http://www.islam.gov.my/


*Apakah kita membalas cinta dan kasih Baginda saw kepada kita walau dengan sebaris selawat??
Tepuk dada tanya iman..

Thursday, February 9, 2012

Cinta Lelaki Ghaib

Assalamualaikum warahmatullah...


“Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” [Al-Ahzaab 33: 56] 


perjalanan kesisimu Muhammad saw..


Bila menyebut nama Baginda saw ada getar yang memacakkan roma, kalimat bisa selawat dan salam itu menerbitkan cahaya indah nian dalam hati. Tak terungkap rindu ini ya Rasulullah. Saat nama indah mu berseli pada seulas bibir dengan sulaman cinta dan kasih pada Rabbani, diri ini merasakan betapa santunnya hemat dikau wahai Mustafa.

Ingin sekali menatap wajahmu yang dilebih ertikan indahnya dari sang purnama.
Duhai kekasih si Tahirah diri ini sangat merindukan.mu..


Al-Amin kekasih Allah


*Biar cinta pada Baginda saw benar-benar bersemi, bukan hanya dekat bibir je duk sebut-sebut tapi hati mati untuk mengenal dan mencinta. Sunnah tinggalan adalah semahal-mahal harta untuk kita umatnya.
Pada memperkenalkan seorang Rasul, sunnah mesti diteladani^_^



Wednesday, February 8, 2012

Kasihkan Mereka

Assalamualaikum, salam maulid..^__^

Allahuma'soli ala Muhammad wa ala ali Muhammad..
selawat dan salam keatas baginda Rasul dalam bulan mulia..

Tak adanya sambungan dari entri lepas*Ilaliqo' SHAS Mosque tu, sebab aku dah tidak ada keinginan untuk membuka kembali tabir kisah silam.

To be honest. sejujur jujurnya jujur. Aku sedang sakit. Sakit baru memulakan sem baru. Sakit meninggalkan kasih kekasih yang berada di rumah. Sakit terpisah, sakit tanpa semangat yang belum sudi hinggap pada jasad kaku beku aku yang masih dalam mood berhuha-huha.


pada meninggalkan nikmat dunia aku sakit


Sayangnya Allah pada aku, aku miliki tidak segalanya, namun aku lebih baik dari orang yang tidak ditakdirkan seperti aku. 'Keluarga' harta dunia yang paling susah untuk 'ditidakkan'. Aku takut cinta salah tempat, takut rindu berlebih-lebihan, aku takut aku hidup tak ada tujuan akhir yang abadi. Takut Allah murka, sedang diri tidak berada pada paras sedar menyedari. Lagha dan asyik pada takuk yang malar. 
Nauzhubillah..


anak-anak yang sentiasa dirindui


sayang menyayang


senyum macam ni mana nak dapat


eii yusof2, bikin geram..


Erti kasih sayang pada nikmat Tuhan. 
Sayang darah daging tak sama dengan sayang pada ajnabi.
Sayang pada mereka menimbul gundah bila berjauh jarak.
Sayangkan mereka bak kata Dr Maza takut lebih lajak dari laju.
Sayangkan mereka insyaAllah kerana Allah. Andai begitu insyaAllah selamat.

Biarlah Rabbi yang menduduki hierarki tertinggi takhta kolbu. Biar berturutan sebagaimana ketentuan. Biar berkasih sayang lajak sampai ke syurga Allah. ^__^


*Khaliq maha mengetahui betapa lemah hamba ini.  Biar QalamNya memain peranan, agar hidup subur jasad yang mencerminkan roh dalam diri. Beri semangat wahai kalian!!