Monday, February 27, 2012

Hari Ini Dalam Sejarah

Assalamualaikum warahmatullah..

Hari ini dalam sejarah hidup, aku adalah..aku tetap aku, hamba pada yang satu. Tidak dapat tidak,.hari ini dan insyaAllah hari-hari yang bakal mendatang jika dipanjangkan umur oleh Allah swt adalah hari aku menjadi insan yang perlu dan ingin senantiasa mengingati Allah. Kerana apa? kerana hanya ini kunci "kebahagiaan"
Insafi diri..

siapa engkau di muka bumi??
apa tujuan engkau disini??
Menggunung tinggikah amalmu?
ataukah dosamu melangit rata?
selaut luaskah usahamu?
atau berarus-arus buih keluhanmu?
Kalimat syukurkah setiap bait bibirmu?
Ataukah nista dan kejian berapi-api?

Cuba renung siapa kita....sengsara atau bahagia???



Qailullah di dada langit Nusaibah


* Bak bait-bait lagu nasyid UNIC:
Bahagia itu dari dalam diri, kesannya zahir rupanya maknawi, terpendam bagai permata di dasar hati.
Ada pada hati, bertakhta di kerajaan diri
Hakikatnya bahagia adalah ketenangan, bila hati mengingati TUHAN...

No comments:

Post a Comment