Wednesday, February 8, 2012

Kasihkan Mereka

Assalamualaikum, salam maulid..^__^

Allahuma'soli ala Muhammad wa ala ali Muhammad..
selawat dan salam keatas baginda Rasul dalam bulan mulia..

Tak adanya sambungan dari entri lepas*Ilaliqo' SHAS Mosque tu, sebab aku dah tidak ada keinginan untuk membuka kembali tabir kisah silam.

To be honest. sejujur jujurnya jujur. Aku sedang sakit. Sakit baru memulakan sem baru. Sakit meninggalkan kasih kekasih yang berada di rumah. Sakit terpisah, sakit tanpa semangat yang belum sudi hinggap pada jasad kaku beku aku yang masih dalam mood berhuha-huha.


pada meninggalkan nikmat dunia aku sakit


Sayangnya Allah pada aku, aku miliki tidak segalanya, namun aku lebih baik dari orang yang tidak ditakdirkan seperti aku. 'Keluarga' harta dunia yang paling susah untuk 'ditidakkan'. Aku takut cinta salah tempat, takut rindu berlebih-lebihan, aku takut aku hidup tak ada tujuan akhir yang abadi. Takut Allah murka, sedang diri tidak berada pada paras sedar menyedari. Lagha dan asyik pada takuk yang malar. 
Nauzhubillah..


anak-anak yang sentiasa dirindui


sayang menyayang


senyum macam ni mana nak dapat


eii yusof2, bikin geram..


Erti kasih sayang pada nikmat Tuhan. 
Sayang darah daging tak sama dengan sayang pada ajnabi.
Sayang pada mereka menimbul gundah bila berjauh jarak.
Sayangkan mereka bak kata Dr Maza takut lebih lajak dari laju.
Sayangkan mereka insyaAllah kerana Allah. Andai begitu insyaAllah selamat.

Biarlah Rabbi yang menduduki hierarki tertinggi takhta kolbu. Biar berturutan sebagaimana ketentuan. Biar berkasih sayang lajak sampai ke syurga Allah. ^__^


*Khaliq maha mengetahui betapa lemah hamba ini.  Biar QalamNya memain peranan, agar hidup subur jasad yang mencerminkan roh dalam diri. Beri semangat wahai kalian!! 


No comments:

Post a Comment