Di jalan Ramses di Kaherah inilah mengalirnya darah hangat dari sekujur tubuh mulia sang perwira pendukung keutamaan agama.
Kerana detik inilah as-syahid begelar as-syahid
As-Syahid imam Hassan al-Banna..
namamu gah pada tinta ma'surat
menyeru nama Tuhanmu penuh syahdu
dikala embun pepagi hari juga nian malam sepi
duhai habib,
engkau memberi cebisan gambaran si Mustafa
aduhai Banna engkau telah membuka tabir buana
lahirnya Hassan menegak kembali rapuh tiang aqidah
pada panji ikhwanul muslimin
kau zahirkan jiwa pendekarmu
tak berganjak
jauh sekali berundur
mara engkau mengundang resah
para musyrikin dan kafirin
hasad mereka membentuk su'ul yang parah
biarlah..
kerana martabat dari Ar-Rahiim
engkau kini
kami kenali sebagai
as-SYAHID!!
* Wahai engkau musuh2 kami, sebutir pelurumu mungkin bisa membunuh sekujur tubuh Abdullah, namun ketahuilah juga bahawa dek kerana pelurumu itu jugalah hidup suburnya Abdullah2 yang sedia berjihad membidas roh tanpa imanmu!!
No comments:
Post a Comment